KOLABORASI DAN KERJASAMA STRATEGIK ANTARA D-NEXUS HOLIDAYS, KIRIM BERSATU DAN BATIK AIR UNTUK SEKTOR KUALA LUMPUR –JEDDAH – KUALA LUMPUR BAGI MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN

 

Gambar kredit: Motac

Pada 15 Jun 2023, di Dewan Sri Utama 2 Kompleks Kraf Kuala Lumpur, YB Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, telah menyempurnakan  Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara D-Nexus Holidays, Kirim Bersatu, dan Batik Air untuk laluan Kuala Lumpur – Jeddah – Kuala Lumpur.

Majlis diadakan sebagai tanda persefahaman dan kerjasama teguh antara kementerian dengan syarikat yang terlibat terutamanya dalam industri Umrah. Sehingga Mac 2023, seramai 300,000 jemaah umrah dari Malaysia telah berlepas dan jumlahnya dijangka akan semakin meningkat.

Turut hadir YB Datuk Haji Hasbi Hasbibollah, Timbalan Menteri Pengangkutan, YBhg. Prof. Datuk Azlie Halim, Timbalan Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITDA), YBrs. Kapten Mushafiz Mustafa Bakri, Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, YBrs. Encik Monaharan Periasamy, Pengarah Kanan Tourism Malaysia, Tuan Haji Mohamad bin Minhat, Ketua Pegawai Eksekutif D-Nexus Holidays, YBrs. Encik Mohd Azry Mohamad, Pengarah Kirim Bersatu dan wakil- wakil dari agensi pelancongan lain.

Gambar kredit: Motac

MOTAC sentiasa memastikan industri ini berdaya saing dan canggih di peringkat kerajaan bagi memenuhi corak permintaan semua pelancong tempatan dan luar negara. Untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada jemaah Umrah Malaysia, MOTAC sentiasa membantu dan bekerjasama.

Pada para Jemaah yang ingin mengerjakan Umrah boleh menerusi mereka untuk melihat pakej-pakej Umrah yang berbaloi yang mereka telah sediakan. Mereka bakal terbang ke Jeddah menaiki Kapal Terbang baharu Batik Air Malaysia bermula pada 19 Ogos 2023 ini.

MOTAC juga menyokong usaha untuk menarik pelancong Arab Saudi ke Malaysia, terutamanya apabila pelancongan halal semakin digemari dan mendapat sambutan tinggi pada peringkat dunia.

Gambar kredit: Motac

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *