Misi ibadah korban di Nepal masih dijalankan melalui ZAYAN dan MyCARE.

Jun lalu, 30 ekor kerbau diberikan kepada penduduk kampung di dua daerah termasuk Rajbiraj dan Zandaur oleh ZAYAN dan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), sebuah pertubuhan kemanusiaan bukan kerajaan yang diwakili Anas Tahir, personaliti ZAYAN Pagi.

‘Misi Qurban @ Nepal’ dilengkapi dengan sembilan hari perjalanan bersama Anas dan sukarelawan dari Malaysia ke Nepal, dimulakan dengan proses pencarian haiwan untuk penyembelihan, diikuti pelaksanaan menyembelih dan seterusnya proses memasak daging sembelihan yang merangkumi pelbagai menu serta pengagihan daging korban kepada masyarakat setempat. Misi yang dijalankan ini mendapat sokongan dan bantuan daripada 200 dermawan daripada Malaysia dan agensi-agensi setempat yang ingin meraikan sambutan Aidiladha bersama penduduk di Nepal.

Selain berkongsi rezeki, ‘Misi Qurban @ Nepal’ berfungsi sebagai platform pertukaran budaya dan persefahaman. Interaksi antara sukarelawan dan masyarakat setempat dipupuk menerusi sikap hormat-menghormati sesama manusia. Melalui pengalaman, cerita dan perbualan yang dikongsi oleh masyarakat di Nepal, jambatan pertalian telah terbina dan mengukuhkan hubungan persaudaraan.

Peminat ZAYAN boleh turut menyaksikan dokumentari perjalanan Anas bersama sukarelawan yang memberi gambaran sebenar kehidupan di Nepal, serta pengalaman menjayakan ‘Misi Qurban @ Nepal’, menerusi video berdurasi 20 minit, disediakan di platform YouTube ZAYAN.

Untuk maklumat lanjut, layari zayan.syok.my atau ikuti platform media sosial.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *