Fri. Apr 19th, 2024

Penganjuran Konsert Ekslusif David Foster and Friends diadakan buat julung kalinya di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 7 Ogos 2023 (Isnin) yang bakal tiba tidak lama lagi, dijangka mendapat sambutan luar biasa daripada peminat tempatan dan antarabangsa. Penampilan khas dan eksklusif oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, vokalis terkemuka negara, yang juga akan membuat persembahan bersama David Foster.

Konsert “David Foster & Friends” ini adalah anjuran Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dengan Kerjasama B De Paris Beauty Project Ent. Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) merupakan sebuah organisasi kebajikan yang ditubuhkan untuk menyediakan pelbagai bantuan kepada golongan miskin dan tidak berkemampuan ke arah kehidupan yang lebih baik melibatkan 3 Teras Utama iaitu Pendidikan, Kepimpinan dan Keusahawanan. Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) turut menjadi penggerak utama membantu kerajaan dalam melaksanakan program-program bercorak kemasyarakatan di seluruh pelusuk tanahair dalam menyalurkan bantuan dengan telus dan sistematik.

Konsert ini diadakan sempena menghargai para peminat Dato’ Sri Siti Nurhaliza sama ada peminat temoatan dan antarabangsa dengan hasil gabungan dan paduan penyanyi terkenal tempatan dan pemuzik terkenal terkenal antarabangsa. Turut menampilkan Michael Bolton, Peabo Bryson, Katharine Hope McPhee, Loren Allred adalah rakan-rakan David Foster yang akan turut menemani pemuzik terkenal David Foster dalam konsertnya. Sebahagian hasil jualan tiket yang dijual untuk disalurkan ke Tabung Kasih PRIHATIN bagi kegunaan dan manfaat Pendidikan pelajar di Menara Gading yang tidak berkemampuan dalam kategori asnaf dan B40.

Konsert David Foster & Friends di Kuala Lumpur akan melibatkan artis terkenal tanah air Malaysia, Dato Sri Siti Nurhaliza yang pastinya akan menjadi suatu fenomena baharu bagi peminat tempatan dan antarabangsa apabila konsert ini pasti menggamit memori gandingan dua artis terkenal ini pada tahun 2014. Konsert ini bakal mengukuhkan nama Malaysia dipersada antarabangsa dan memperkuatkan hubungan di antara Malaysia dan negara luar di samping mampu memperkasa pendidikan melalui usaha Yayasan Prihatin Nasional menganjurkan konsert amal antarabangsa berskala besar untuk mengumpul dana kebajikan.

Menurut Dato Sri Siti Nurhaliza “Alhamdulillah, saya bersyukur kerana akhirnya konsert yang ditunggu-tunggu hampir tiba, sudah tidak sabar ingin bergandingan bersama David Foster & rakan-rakan selebriti yang lain. Saya juga berasa amat gembira buat para peminat tempatan dan antarabangsa kerana selain mereka akan berhibur tetapi mereka turut akan menyumbang untuk dana kebajikan di Malaysia melalui Yayasan Prihatin Nasional. Ini yang seharusnya yang dilakukan oleh semua pihak kerana di dalam setiap perkara yang kita lakukan, kitab oleh menyumbang sesuatu kepada negara. Terima kasih kepada PRIHATIN dan B De Paris atas Kerjasama menganjurkan konsert ini yang membolehkan rakyat Malaysia memberi sumbangan secara tidak langsung bagi membantu mereka yang memerlukan di luar sana.” Ujar Figura Nombor 1 Negara.

Manakala, Ketua Pegawai Ekslusif PRIHATIN, Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali berkata, “Penganjuran Konsert David Foster & Friends termasuk penampilan Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini bakal memberi manfaat buat anak-anak Malaysia Madani di Menara Gading yang kurang berkemampuan dari golongan asnaf untuk mengurangkan beban kos sara hidup di kampus. PRIHATIN amat proaktif dalam menjalankan program-program bersifat kebajikan terutama dalam memperkasakan pendidikan negara ke aras yang lebih tinggi di persada dunia. Saya teruja kerana diberi peluang untuk menganjurkan konsert ini yang bukan hanya bersifat komersial semata-mata tetapi turut menekankan konsep ‘Berhibur Sambil Beramal’ dan bersyukur dengan penglibatan semua artis yang bersetuju untuk sama-sama mencari dana melalui jualan tiket seterusnya menyalurkan sebahagian hasil jualan untuk tujuan kebajikan. PRIHATIN turut berterima kasih kepada pihak korporat dan orang perseorangan yang membeli tiket korporat sekaligus memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan dalam bidang pendidikan.’’

Tiket telah pun mula dijual bermula dengan harga RM288, RM388, RM488, RM688, RM788 dan RM988 secara online di laman sesawang di www.myticket.asia

 

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *