Fri. May 24th, 2024

Pamungkas meninggalkan peminatnya dengan kata-kata yang menyentuh emosi mereka semasa pertemuannya dengan mereka di Kuala Lumpur pada September tahun lalu. Setiap orang mempunyai matlamat masing-masing, kata lelaki berusia 30 tahun ini dengan suara yang menggoda dan kebolehan yang luar biasa. Impian dan aspirasi boleh menjadi kenyataan dengan kerja.

Mungkin berkat doa dan pengumpulan doa angan-angan peminat setianya di Kuala Lumpur,  Pamungkas hadir lagi menjadikan rindu mereka sebuah leraian realiti. Tetapi kali ini lebih hebat dan  luar biasa pukulannya, kerana lelaki kelahiran Jakarta ini akan bertemu mata dengan peminatnya di  sebuah lokasi kegemaran ramai- Zepp Kuala Lumpur. Sebuah lokasi yang menjadi idaman ramai  pemuzik Malaysia dan luar untuk berkongsi rasa dan karya mereka dalam satu ruangan.

Shiraz Projects dengan bangganya membawakan Pamungkas kali ini di Kuala Lumpur dalam sebuah  konsert dengan judul NUSA FEST PRESENTS PAMUNGKAS pada 4 Mei 2023, Khamis, pukul 8.30 malam.

Menariknya Pamungkas kali ini muncul sebagai artis pertama dalam siri NUSA FEST, sebuah festival  yang turut akan berlangsung tahun ini dan akan menghimpunkan pelbagai artis dari tiga buah negara. “Melihatkan sambutan yang diberikan kepada Pamungkas tahun lalu, pihak Shiraz Projects dengan  bangganya membawa vokalis ini bersama band-nya ke sebuah lokasi yang lebih “intimate” dan  menjadi idaman setiap pemuzik.

Saya percaya bahawa lokasi tersebut akan memberikan sebuah persembahan yang kaya dengan  bunyi-bunyian yang padat dan visual menarik yang akan menambahkan galau para peminat  menghayati setiap bait lirik dan melodi hasil kreativiti dan kepintaran Pamungkas sebagai pemuzik,”  ujar Shirazdeen Karim yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects.

Melihatkan kejayaan Birdy South East Asia Tour yang merangkaikan 12 lokasi persembahan  Pamungkas antaranya Filipina, Thailand, Malaysia, Singapura dan berakhir pada 25 Februari lalu di  Jakarta, Pamungkas dipilih sebagai pembuka pula untuk siri NUSA FEST kelolaan Shiraz Projects.

Pastinya lagu-lagu Pamungkas seperti To The Bone, I Love You but I’m Letting Go, Kenangan Manis,  Sorry dan One Only akan dinyanyikan bersama-sama di Zepp Kuala Lumpur kelak dengan sepenuh hati  atau pecahan jiwa bagi peminat yang sudah mengunyah lumat setiap bait-bait lirik dan melodi  Pamungkas yang sering membikin kacau perasaan mereka.

Manakan tidak, Lagu To The Bone milik Pamungkas diangkat sebagai lagu paling banyak didengari di  Spotify dan memecah rekod pada tahun 2021. Lagu tetsebut juga menduduki tangga paling lama Lagu  Indonesia Top 50.

Dari data yang pernah dikongsi oleh Pamungkas di media sosial Instagramnya, @pamunqkas, karyanya  di Spotify didengarkan di 176 negara di dunia. Sebelumnya, Pamungkas juga menjadi pemuzik dengan  lagu paling banyak didengarkan di tahun 2020.

Jadi untuk menghenyak emosi dan perasaan kalian tahun ini, jangan lupa dapatkan tiket NUSA FEST  PRESENTS PAMUNGKAS dengan harga, RM500 (Meet & Greet), RM200 (Diamond), RM150 (Platinum),  RM200 (Gold) dan RM150 (Silver). Tiket akan mula dijual pada 17 Mac 2023, pukul 2 petang.

Untuk sebarang keterangan lanjut,sila layari www.myticket.asia untuk tempahan tiket. Bagi informasi  atau update terkini, layari laman sosial Shiraz Projects.

NUSA FEST PRESENTS PAMUNGKAS yang merupakan konsert satu malam sahaja ini dianjurkan oleh  Shiraz Projects Sdn Bhd.

NUSA FEST PRESENTS PAMUNGKAS

Tarikh : 4 Mei 2023

Venue : Zepp Kuala Lumpur

Laman Web : www.shirazprojects.com

Harga tiket : RM500 (Meet and Greet)

RM200 (Diamond)

RM150 (Platinum)

RM200 (Gold)

RM150 (Silver)

Tiket : www.myticket.asia

Facebook : shirazprojects

Instagram :shirazprojects

Hashtag : #NUSAFESTPRESENTSPAMUNGKAS

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *