Program Tausiyah Awal Muharram “Hijrah: Melangkah Dengan Cinta” anjuran Munawwareen

Pada 19 Julai 2023, Jenama fesyen Islamik, Munawwareen telah mengimarahkan Sambutan Awal Muharram dengan menganjurkan program Tausiyah 1 Muharram “Hijrah: Melangkah dengan Cinta” bertemakan Raudah Jiwa yang julung kalinya diadakan.

Program Awal Muharram ini juga adalah salah satu inisiatif memperkenalkan kolaborasi strategik jenama Munawwareen bersama Pertubuhan Kebajikan Projek Kengkawan, untuk membawa Jemaah OKU Penglihatan (SBM) dan OKU Pendengaran (MFD) menunaikan Ibadah Umrah pada bulan Oktober 2023.

Projek Langkah Kerdil Menuju Baitullah 2.0 ini juga bertujuan merealisasikan Impian lebih kurang 40 orang ahli pertubuhan mengerjakan umrah buat pertama kalinya.

Bagi yang tidak mengenali Munawwareen, Munawwareen merupakan jenama fesyen Islamik tempatan cetusan idea Datin Hajah Aliza Abu Bakar yang telah diilhamkan oleh Almarhum Tuan Guru Dato’ Dr. Haji Haron Din yang mambawa maksud ‘Engkau Datang Membawa Cahaya’. Munawwareen menumpuhkan rekaan koleksi pakaian Muslim dan Muslimah, jenama ini juga turut menyasarkan untuk menjadi pendahulu fesyen islamik patuh Syariah di Malaysia.

Program ini terbuka yang hanya disertai Muslimah yang berkonsepkan ‘sharing session’ di antara panel jemputan dan juga tetamu yang diraikan. Seramai 500 para muslimat menghadiri majlis ilmiah ini yang bermula seawall jam 9 pagi.

Bagi pembuka tahun 1445H, program ini juga mengangkat topik hijrah yang dilalui, sama ada suka ataupun duka dan bagaimana konsep hijrah itu sendiri diterpkan dalam kehidupan yang semakin mencabar juga menyuntik azam baru dan semangat yang kuat untuk laluan tahun baru 1445H.

Munawwareen mengambil inisiatif menyampaikan dakwah melalui program sebegini di samping meraikan kedatangan bulan yang mulia ini dengan semangat hijrah, niat untuk melakukan perubahan dalam pelbagai aspek.

Bersama para panel yang hebat iaitu Ustazah Dr.Norhafizah Musa, Prof.Madya Dr Sharifah Hayaati, Ustazah Nony dan panel istemewa Pn Mashitah Mohd Afandy serta Pn Isma Hasmie selaku moderator bagi program Tausiyah 1 Muharram “Hijrah, Melangkah dengan Cinta”. Turut mengundang kumpulan Qasidah Tahfiz As-Safiyyah bagi memeriahkan majlis dengan alunan seni suara yang mengandungi unsur dakwah Islamiyah.

Semoga usaha murni ini dipermudahkan dalam membantu orang kurang Upaya untuk menunaikan umrah buat pertama kalinya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *