Rahmad mega keliru?

 

Selepas memenangi persembahan terbaik pada minggu pertama, Rahmad Mega membuktikan dirinya sebagai pencabar serius dalam Terpaling Juara. Rahmad Mega bagaimanapun, di bawah arahan kapten Hael, mula berasa bingung selepas juri tetap mengkritiknya kerana kekurangan ciri inovatif dan kreatif dalam persembahannya. Bolehkah dia bersaing dengan Hazami dan pesaing muda yang semakin berminat untuk mempamerkan kemahiran mereka?

Kapten Hael amat menyukai cara nyanyian Rahmad Mega dan mahu mengekalkan identiti penyanyi rock dalam persembahan. “Setiap minggu, saya berjaya membawa lagu dengan baik dan menepati kehendak kapten Hael, tapi juri mahu melihat saya beraksi di luar kotak. Saya mula jadi keliru dan tekanan menjadi sangat besar kerana ia perlukan perbincangan dan aturan strategi baharu dengan kapten.” Kata Rahmad Mega.

“Terpaling Juara telah memberi kepuasan yang besar bagi saya untuk terus berkarya. Saya menyahut cabaran ini dengan hati terbuka. Walaupun semakin tertekan, saya akan fokus dan menggali lagi sisi berbeza untuk persembahan yang WOW di minggu ini. Ia bukanlah jalan mudah bagi saya kerana Hazami, Shaz, Aqeesh dan Aqmal juga mempunyai potensi besar untuk menang.” Tambah Rahmad Mega.

Dalam saat yang genting ini, kapten Hael terikat dengan komitmen lain dan kini berada di Milan sehingga hari Sabtu. Bagaimana dengan persiapan Rahmad Mega yang dikehendaki berduet dengan Ayda Jebat menerusi lagu ‘Keliru’ (AJL17, nyanyian asal oleh Nurul & Ajai)? Adakah ketiadaan kapten Hael akan mengganggu sesi latihan?

 

Episod akan datang bakal menyaksikan para peserta Terpaling Juara berduet dengan artis-artis pilihan dalam senarai Pilihan Lagu Terpaling berikut:

  1. Keliru (AJL17, nyanyian asal oleh Nurul & Ajai) – Rahmad Mega & Ayda Jebat
  2. Ku Bersuara (AJL34, nyanyian asal oleh Ernie Zakri) – Shaz & Nikki Palikat
  3. Kisah Cinta Kita (AJL34, nyanyian asal oleh Hafiz Suip) – Aqeesh & Cliff Umar
  4. Pelangi Senja (AJL27, nyanyian asal oleh Stacy) – Hazami & Stacy
  5. Terukir Di Bintang (AJL27, nyanyian asal oleh Yuna) – Aqmal & Aizat Amdan

Jangan ketinggalan untuk menonton Terpaling Juara mulai 21 Ogos 2022, setiap hari Ahad, siaran langsung dari Studio Sri Pentas 2, Shah Alam, pukul 9.00 malam dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my Gunakan tanda pagar #TerpalingJuara dan #PlaylistAJL untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *