Thu. May 2nd, 2024

Kerajaan akan terus mengehadkan harga minyak masak sawit tulen dalam botol kerana sejak 8 Ogos 2022, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ingin memaklumkan kepada orang ramai. Kaedah harga siling bergerak, yang berdasarkan purata harga minyak sawit mentah dunia, digunakan untuk mengawal harga.

Kerajaan menerusi KPDNHEP telah menetapkan Harga Runcit Maksimum terkini bagi minyak masak sawit tulen yang dibungkus dalam botol di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum Bagi Minyak Masak) 2022.Perintah ini akan berkuat kuasa pada 8 November 2022 sehingga 7 Disember 2022.

Harga Runcit Maksimum bagi minyak masak sawit tulen dalam botol bagi tempoh tersebut adalah seperti berikut:

Harga Runcit Maksimum Bagi Minyak Masak (Botol)

Mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksima boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti seperti berikut:

  • Individu; boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan;
  • Syarikat; boleh didenda sehingga RM500,000.

Akhir sekali, KPDNHEP turut menggalakkan pengguna menjadi mata dan telinga kepada Kerajaan untuk menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang membabitkan harga runcit minyak masak sawit tulen di pasaran secara rasmi melalui saluran berikut:

  • Whatsapp ke 019- 279 4317 / 019-848 8000
  • Portal e-aduan.kpdnhep
  • Call Centre 1-800-886-800 iv.
  • Emel [email protected] v.
  • Ez ADU KPDNHEP vi.Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-8882 6088/6245

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *