Sun. Apr 28th, 2024

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa menyokong usaha kerajaan untuk merancakkan aktiviti ekonomi domestik sejak negara dilanda wabak Covid-19. Selain itu, KPDNHEP berwaspada dalam menjalankan operasi dan pemeriksaan terhadap orang/peniaga yang mengeksploitasi kelemahan undang-undang dan terus menjual barangan cetak rompak di seluruh negara, terutamanya apabila ia berkaitan dengan penjualan peranti teknologi penstriman yang merangkumi karya berhak cipta secara fizikal dan digital tanpa kebenaran.

KPDNHEP amat memandang serius perkara ini dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu/peniaga yang terlibat dalam menawarkan penjualan alat peranti teknologi penstriman yang mengandungi karya hak cipta tanpa kebenaran secara fizikal atau digital. Selain itu, KPDNHEP akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undangundang yang berkaitan antaranya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak industri sendiri dalam usaha membanteras cetak rompak secara fizikal dan digital. Bagi tempoh 2018 hingga September 2022, 2 KPDNHEP telah berjaya membanteras pengedaran cetak rompak secara fizikal dengan mengahsilkan sebanyak 531 kes dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM 5.4 juta.

Di samping itu juga, penguatkuasaan secara maya merupakan antara tindakan yang berkesan dalam menyekat penyebaran cetak rompak secara digital di dalam medium internet antaranya tindakan bagi sekatan laman sesawang (web site blocking) dan penurunan kandungan (content removal). Tindakan ini merupakan kaedah yang paling pantas dan berkesan dalam melumpuhkan aktiviti penularan cetak rompak digital dengan kerjasama pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui penguatkuasaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (Akta 588) dan pihak industri atau pemilik hak cipta. Malaysia juga sering dijadikan contoh kepada negara-negara lain di atas keberkesanan melaksanakan sekatan laman sesawang (website blocking) dan penurunan kandungan (content removal) dalam melumpuhkan capaian kepada cetak rompak digital tersebut.

Bagi tempoh 2018 hingga September 2022, KPDNHEP telah berjaya melaksanakan sekatan laman sesawang (website blocking) yang mengandungi karya hak cipta tanpa kebenaran secara digital yang melibatkan 2,252 laman sesawang dan sebanyak 2,391 kandungan telah diturunkan bagi tindakan (content removal).

Inisiatif lain yang dilakukan oleh KPDNHEP untuk memerangi cetak rompak digital ini adalah dengan melakukan sekatan laman sesawang cetak 3 rompak melalui program Cyber Copyright Enforcement (CYCORE). Bermula 2021 sehingga kini sebanyak 27 filem telah menyertai program ini dengan jumlah sekatan laman sesawang yang telah berjaya disekat adalah sebanyak 319 sekatan dan sebanyak 1,902 penurunan kandungan telah berjaya diselesaikan.

KPDNHEP ingin menegaskan bahawa, sekiranya didapati mana-mana individu/peniaga yang menjual penjualan alat peranti teknologi penstriman yang mengandungi karya hak cipta tanpa kebenaran tindakan tegas akan diambil di bawah seksyen 43AA, Akta Hak Cipta 1987. Jika disabitkan kesalahan, denda yang boleh dikenakan adalah tidak kurang daripada RM 10,000.00 dan tidak melebihi RM 200,000.00 atau penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, KPDNHEP juga akan mengambil tindakan tegas dengan menggunakan peruntukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, yang membolehkan kesemua akaun milik pesalah/suspek dibekukan dan dilucuthak jika didapati bersalah. Peruntukan kesalahan ini juga turut terpakai kepada mana-mana pemilik premis perniagaan atau pengurusan bangunan yang menyediakan atau menyewakan premis mereka kepada individu/peniaga yang menjalankan aktiviti penjualan alat peranti teknologi penstriman yang mengandungi karya hak cipta tanpa kebenaran dan cetak rompak kerana bersubahat dan bekerjasama dengan peniaga terbabit.

KPDNHEP ingin memberikan amaran kepada semua peniaga agar tidak menjual alat peranti teknologi penstriman yang mengandungi karya hak cipta yang dituntut haknya tanpa kebenaran. Tindakan penguatkuasaan serta pemantauan yang berterusan dan tegas akan dilakukan oleh pihak Kementerian kerana alat peranti teknologi penstriman ini berupaya untuk melakukan pelanggaran hak cipta dalam apa-apa karya hak cipta yang dilindungi.

Lanjutan daripada itu, KPDNHEP juga telah mengenalpasti beberapa laman sesawang dan media sosial yang popular di kalangan komuniti cetak rompak digital yang sering kali diadukan oleh pemilik hak cipta dan industri.

KPDNHEP berterima kasih kepada pihak industri dan pemilik hak cipta di atas kerjasama dalam membanteras cetak rompak secara fizikal dan digital. KPDNHEP amat mengalu-alukan sokongan dan kerjasama dari pemain industri atau pemilik hak cipta dan rakan kongsi kandungan dalam memerangi cetak rompak.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung salah laku peniaga berhubung perkara ini boleh terus menyalurkan aduan yang lengkap kepada pihak Kementerian melalui saluran berikut:

  1. WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000
  2. Portal Aduan; e-aduan.kpdnhep.gov.my
  • Call Centre 1-800-886-800
  1. Emel [email protected]

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *