Sat. May 25th, 2024

 

Lagi Trend Lagi Beraya- Adalah tagline paling tepat untuk festival jualan Trend Raya 2023.

Dengan keadaan negara kini pulih daripada wabak itu, Aidilfitri tahun ini sudah pasti ingin diperingati dengan penuh bergaya. Semestinya, untuk kelihatan segak dan ‘trendy’ pada hari raya, pembeli perlu mendapatkan aksesori di tempat yang sesuai.

Dengan itu, Trend Raya 2023 anjuran Todak Fusion Sdn. Bhd., yang turut mendapat sokongan sepenuhnya daripada badan kebajikan Afiz Ayub Foundation, Sugar Bomb HQ, Pusat Pungutan Zakat (MAIWP), AEON (M) CO Bhd, Todak Bigo Agency dan Kentang Hijau Production sebagai rakan strategik ingin menjemput seluruh rakyat Malaysia secara amnya ke acara yang bakal dilangsungkan ini.

Menyifatkan Trend Raya 2023 sebagai sebuah hub membeli-belah, Trend Raya bertujuan menyatukan para peniaga dari pelbagai produk di dalam satu acara yang seakan ‘indoor-bazaar’ yang berkonsepkan ‘trendy’.

“Trend Raya juga menyediakan beberapa acara selingan menarik seperti cabutan bertuah, persembahan artis secara langsung, pemberian hadiah menarik, promosi istimewa dari para peniaga, juga dengan penampilan beberapa ikon selebriti tempatan dan para influencer yang digemari ramai bagi menarik minat para pengunjung untuk bersama-sama memeriahkan lagi Trend Raya 2023. Selain daripada itu, Trend Raya juga bakal mengadakan kelainan dengan mengadakan sebuah pertandingan E-Sukan sepanjang 3 hari berlangsungnya acara ini, “ujar En Mohd Ikmal Fareeq selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Todak Fusion Sdn Bhd.

Trend Raya 2023 akan berlangsung pada 7, 8 dan 9 April bertempat di Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur. Dengan kemasukan secara percuma, bazar ini akan berlangsung selama tiga hari bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

 

Selain menjadi hub beli-belah paling trendy raya ini, Trend Raya 2023 juga mempunyai misi dan metlamat yang ingin dicapai melalui beberapa program yang diadakan bagi membantu golongan yang memerlukan.

Melalui “Trend Raya 2023 ini juga, sebuah program usahasama amal diadakan dengan Kerjasama di antara Todak Fusion Sdn.Bhd bersama badan kebajikan Afiz Ayub Foundation dalam membantu para peniaga kecil dan sederhana melalui program Infaq Ramadan. Pihak Afiz Ayub Foundation dan sebagai syarat, peniaga yang ditaja haruslah menyalurkan sebahagian hasil jualan mereka kepada golongan yang kurang bernasib baik dan yang memerlukan khususnya kepada golongan asnaf. Disamping itu juga, sebuah program amal bersama Yayasan PUTRA juga akan diadakan bersempena Trend Raya 2023 di mana pihak yayasan akan mengadakan Program Infaq Rehal Ramadan disamping pihak Pusat Pungutan Zakat (PPZ) juga akan menyediakan kaunter kutipan zakat Fitrah bagi pengunjung Trend Raya 2023.

Di samping itu, menurut En Mohd Ikmal Fareeq, “Terima kasih juga diucapkan kepada pihak AEON (M) CO kerana sudi bersama sama kami di dalam memeriahkan lagi acara ini. Pengunjung berpeluang menebus Voucher Tunai dengan jumlah ditawarkan bernilai sehingga RM 15,000.00 di booth AEON bagi setiap pembelian RM 100 dan keatas di mana-mana booth jualan di Trend Raya 2023.”

 

Menariknya, pengunjung yang hadir juga akan dapat merebut peluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai lebih dari RM 10,000.00 sepanjang acara tersebut berlangsung melalui cabutan bertuah, pelbagai pertandingan dan aktiviti yang disediakan. Selain daripada itu, pihak penganjur juga menyediakan hadiah misteri yang menarik buat 100 pengunjung terawal pada tiga hari acara berlangsung.

Antara barisan jenama yang akan berada di Trend Raya adalah Wawa Cosmetics, Elrah Exclusive, Bulan Bintang, Simply Siti, Mutraya Beauty, Mell by Melinda Looi, Behati, SugarBomb Worldwide, dan banyak lagi. Selain daripada itu, Trend Raya juga akan membawa barisan artis tanah air bagi memeriahkan lagi acara ini.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan Trend Raya 2023 yang bakalberlangsung pada 7, 8 dan 9 April bertempat di Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur.

 

 

 

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *