Sun. Apr 28th, 2024

Hari ini, BananaBro, jenama restoran pilihan harian bagi juadah kari dan daun pisang di Malaysia telah mengagihkan makanan buat 500 individu gelandangan di Kuala Lumpur, menandakan satu langkah penting dalam usaha mereka untuk mewujudkan dunia sifar kelaparan. Ini merupakan kemuncak inisiatif Sifar Kelaparan atau Zero Hunger yang bermula pada September tahun ini hasil kerjasama bersama Universiti Sunway.

Fasa satu bermula menerusi gerai yang didirikan BananaBro di Universiti Sunway dengan objektif utama untuk menjual baucar “Buy 2 Craving Set, 1 Craving Set goes to Charity”.

Sejumlah 248 baucar telah dijual, menandakan sokongan warga komuniti untuk inisiatif ini serta komitmen BananaBro bagi menangani isu berkaitan kelaparan.

Fasa 2 inisiatif ini pula dimulakan apabila pelanggan menebus baucar bagi Craving Sets mereka di cawangan BananaBro di Sunway Pyramid dalam tempoh 2 bulan yang seterusnya diikuti dengan pengagihan makanan pada hari ini. Walaupun hanya menjual 248 baucar, BananaBro telah melengkapkan jumlah perbezaan yang diperlukan bagi memenuhi janjinya untuk mengagihkan makanan kepada 500 individu gelandangan yang hadir hari ini.

Aaron Gan, Ketua Pegawai Eksekutif BananaBro berkata, “Di BananaBro, kami menyambut matlamat PBB bagi “Mengakhiri kelaparan dan memastikan akses kepada makanan selamat, berkhasiat buat semua” menjelang 2023. Menerusi kerjasama bersama Universiti Sunway dan SESO, kami berbangga diberi peluang menaja program ini menerusi inisiatif “Buy 1 Craving Set, 1 Craving Set goes to charity.” Hasil kerjasama ini, kami dapat bersama menanam benih bagi mewujudkan dunia sifar kelaparan dan memacu arah buat masa hadapan yang lebih baik, penuh nutrisi. Bersama-sama, kami komited dalam menjadikan sifar kelaparan satu realiti.”

Bagi memastikan kejayaan usaha murni ini, BananaBro telah bekerjasama dengan SESO, organisasi bukan kerajaan (NGO) terkenal yang bekerjasama secara aktif bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menyediakan makanan buat gelandangan di dan sekitar Kuala Lumpur. Penglibatan SESO turut memperkukuhkan kredibiliti kepada komitmen BananaBro, sekaligus memperkuatkan lagi dedikasi mereka untuk terus memberi impak positif kepada komuniti.

Nadia, Pengasas Bersama SESO berkata, “Kami di SESO turut gembira kerana warga komuniti dapat bersama-sama menyokong mereka yang memerlukan khususnya semasa musim perayaan ini. Kami ingin turut mengucapkan terima kasih kepada BananaBro serta komuniti pelajar Sunway untuk segala usaha mereka sepanjang program kami pada tahun ini.”

BananaBro turut melafazkan terima kasih kepada warga komuniti, pelanggan dan rakan yang telah menyumbang kepada kejayaan kedua fasa inisiatif Zero Hunger. Syarikat ini akan terus teguh dalam komitmennya untuk memacu perubahan positif dan berharap untuk terus bekerjasama bersama organisasi yang mendukung komitmen yang sama pada masa akan datang.

Untuk maklumat lanjut dari BananaBro serta inisiatif pada masa akan datang, layari https://www.bananabro.com.my/ dan ikuti mereka di https://www.facebook.com/bananabro.my/ & https://www.instagram.com/bananabromy/

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *