Sun. Apr 28th, 2024

Selepas tiga hari berlangsungnya Muzik Muzik 38 Separuh Akhir dari 15 hingga 17 Disember 2023, pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang di TV3 dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my , 12 buah lagu terbaik yang mendominasi Anugerah Juara Lagu 38 telah diumumkan.

Muzik Muzik 38 Separuh Akhir dibawakan khas oleh penaja utama, Alha Alfa dan rakan penaja, U Mobile. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan!, XTRA dan Seismik sebagai rakan digital, serta Hot FM sebagai rakan radio. Dihoskan oleh Izzue Islam dan Fiza Frizzy, Muzik Muzik 38 Separuh Akhir telah mempertandingkan 29 buah lagu serta menampilkan persembahan penyanyi jemputan iaitu Noraniza Idris (episod pertama), Akim & The Majistret (episod kedua) dan Search (episod ketiga).

Muzik Muzik 38 Separuh Akhir menampilkan barisan juri profesional yang diketuai oleh Datuk Mokhzani Ismail dan terdiri daripada LY, Helen Yap, Azmeer, Cat Farish dan Datuk Wah Idris. Berikut ialah senarai 12 buah lagu yang berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu 38:

LAGU PENYANYI KOMPOSER PENULIS LIRIK
Jangan Mati Rasa Itu Aina Abdul Aina Abdul Aina Abdul
Bintang Hael Husaini Hael Husaini Hael Husaini
Sutera Aisha Retno Aisha Retno & MFMF Aisha Retno
Hasrat Amir Jahari Amir Jahari Amir Jahari
Inilah Jalannya Masdo Noh Salleh Noh Salleh
Darah Marsha Milan Naim Daniel & Firdaus Rahmat Naim Daniel & Firdaus Rahmat
Waktu Hasif Upin &

Ziana Zain

Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat
Astana Ernie Zakri Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel
Kucuma Wany Hasrita & Dato’ Jamal Abdillah A.Ramlie & Ezra Kong A.Ramlie & Ezra Kong
Kalam Shiha Zikir Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat
Selagi Ku Ada Khai Bahar & Nabila Razali Amylea Amylea
Santai Faizal Tahir

(Dinyanyikan oleh Naqiu)

Faizal Tahir Faizal Tahir

 

 

Para peminat muzik tanah air juga mengundi lagu kegemaran mereka melalui Undian Lagu Pilihan Alha Alfa, hanya dengan mengimbas QR Code yang tertera sepanjang 3 hari, sewaktu siaran langsung. Pemenang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM2,000 dan barangan eksklusif Alha Alfa.

Hari Pertama Hari Kedua Hari Ketiga
Jangan Mati Rasa Itu

– Aina Abdul

Astana – Ernie Zakri Santai – Naqiu

Muzik Muzik 38 Separuh Akhir turut meraikan lagu terbaik yang merupakan pilihan juri pada ketiga-tiga hari tersebut yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 dan barangan eksklusif Alha Alfa.

Hari Pertama Hari Kedua Hari Ketiga
Jangan Mati Rasa Itu

– Aina Abdul

Sutera – Aisha Retno Santai – Naqiu

Sejak diperkenalkan, objektif Muzik Muzik adalah memberi penghargaan dan pengiktirafan lagu – lagu terbaik dalam kalangan penggiat muzik iaitu komposer, penulis lirik dan penyanyi pada setiap tahun. Muzik Muzik ialah program variasi yang memaparkan carta mingguan lagu-lagu paling popular di Malaysia. Secara keseluruhan, 30 buah lagu bertanding di pusingan separuh akhir untuk penjurian daripada barisan juri profesional yang bakal menentukan 12 buah lagu terbaik yang mara ke pentas Anugerah Juara Lagu.

Sidang produksi Muzik Muzik 38 Separuh Akhir diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Sufian Che Isa sebagai penerbit eksekutif dan Noradillah Abdullah sebagai penerbit.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *