Sat. Apr 27th, 2024

Kumpulan muzik pop rock lagenda, UK’s dan Slam, telah mengukir sejarah selama tiga dekad dalam industri muzik Malaysia. Memiliki pencapaian cemerlang dan peminat setia, bakal bersatu untuk kali pertama dalam satu persembahan epik yang akan menggabungkan kehebatan mereka di atas satu pentas. Gabungan ini diumumkan sebagai “CONCERT UK’SLAM MUSICAL,” sebuah peristiwa yang akan menjadi mercu tanda dalam sejarah muzik Malaysia.

Dianjurkan oleh BOMBBAY LEGEND WORLDWIDE bersama AMIRUKS ENTERTAINMENT, “CONCERT UK’SLAM MUSICAL” yang berdurasi hampir tiga jam itu akan berlangsung di STADIUM MALAWATI SHAH ALAM pada 3 FEBRUARI 2024.

Kumpulan UK’s yang diterajui Mohd Azmir Bin Muhammad Yusuf @ Amir sebagai vokalis bersama Rozdenil Bin Toni (gitar), dan turut dianggotai Mohamad Saleh Bin Mohd Alias (bass), Amiruddin Bin Shariff (drum) dan turut menampilkan Mustafa Kamal Bin Ahmad @ Mus Satira (gitar), pemain sessionis asal dalam rakaman album kumpulan Uk’s.

Manakala kumpulan Slam diterajui Shah Nizam Bin Abdul Halim @ Shah (gitar) bersama Zamani Bin Ibrahin sebagai vokalis, Eddie Bin Ahmad (keyboard), Nor Azli Bin Masrani (bass) dan Othman Bin Khalid (drum). Konsert ini juga bakal disertai oleh pemuzik-pemuzik undangan seperti Raja Mohd Sham (gitar akustik), Mirzan (keyboard), Mohar (seruling bambu), Pa’ang (perkusi) dan Shafiq (gitar).

UK’s dan Slam menyifatkan, lamaran untuk mereka bergabung dalam satu persembahan di satu pentas yang sama merupakan satu kelainan dalam sejarah penglibatan karier mereka dalam mengadakan konsert. Peluang yang diberikan ini dianggap sesuatau yang tidak terduga dan sukar untuk dilepaskan sebagai pemuzik dan anak seni.

Konsep persembahan ini akan dibahagikan kepada beberapa segmen yang mempunyai nilai sentimental dari segi garapan, susunan dan sentuhan penceritan melaui elemen visual dan muzikal yang akan digabungkan bersama-sama di dalam persembahan oleh kedua-dua kumpulan.

“CONCERT UK’SLAM MUSICAL” kali ini, akan menyajikan kelainan rasa dalam persembahan di mana ia akan dibahagikan kepada beberapa segmen.

Kedua-dua kumpulan bakal mempertaruhkan gaya persembahan masing-masing, tentunya akan memberikan kelainan kepada peminat kerana masing-masing ada aura dan kekuatan tersendiri daripada pelbagai aspek dalam persembahan segmen solo.

Antara elemen yang akan diketengahkan di antara persembahan daripada setiap segmen ke segmen yang lain akan disulami dengan susunan gabungan audio visual secara muzikal.

‘Magis’ yang akan ditonjolkan bagi persembahan kali ini adalah ‘gabungan duet’ antara kedua-dua kumpulan ini melalui lagu dan muzik yang akan dimulai dengan susunan irama akustik.

Gabungan duet’ antara kedua-dua kumpulan ini seterusnya akan membawa kepada persembahan yang lebih bertenaga dan energatik menerusi segmen yang akan membawa para peminat UK’SLAM bergabung menjadi satu untuk bersama-sama menyanyikan keseluruhan irama lagu hingga ke akhir persembahan.

Kumpulan UK’s dan Slam dikenali dengan alunan lagu-lagu yang membelai jiwa yang bertenaga dengan alunan vokal yang lunak, merdu dan mendayu-dayu, disamping pemilihan lagu yang tepat antara himpunan lagu-lagu mereka yang menjadi siulan dan keilaan para peminat mereka adalah sangat penting bagi persembahan ini. Selain bernostalgia, konsert ini dijangkakan akan menjadi sebuah persembahan yang penuh malar segar dengan memori dan kenangan buat peminat mereka.

Oleh itu, persembahan ini akan menghidangkan himpunan seleksi 30 lagu terbaik dalam senarai all-time favourite bagi kedua-dua kumpulan seperti Rytham Si Jantung Hati, Untuk Apa, Di Luar Kemampuanku, Cintaku, Pahit Akan Manis Akhirnya , Kembali Mencari, Kekasiku Di Menara, Seksa, Kau Satu Satunya, Rondo Cinta Buta, Minda Dan Jiwa, Siapa Yang Rampas Cintaku, Nafas Orang Kota, Bila Diri DiSayangi, Di Sana Menanti Di Sini Menuggu, Prosarasa dan Tergamak Kau bagi seleksi lagu kumpulan UK’s dan antara seleksi lagu-lagu kumpulan Slam adalah seperti Buat Seorang Kekasih, Gerimis Mengundang, Nurkash, Kembali Merindu, Kembali Terjalin, Jika Kau Rasa Getarnya, Rindiani, Tak Mungkin Berpaling, Mentari Muncul Lagi, Kita Terpaksa Bermusuhan, Maria Mariana, Manisnya Rindu, Falsafah Cinta, Satukan Hati Kita, Janji Di Pateri, Kurnia dan Bukan Niat Membalas Derita.

Konsert ini bakal diadakan di Stadium Malawati Shah Alam dengan kapasiti 7,000 orang itu akan menghimpunkan para peminat UK’s dan Slam dari seluruh pelusuk negara untuk menikmati persembahan mereka yang berskala besar di mana vanue ini telah terbukti berjaya dalam penganjuran konsert berskala besar bagi artis-artis di negara ini.

Uk

“CONCERT UK’SLAM MUSICAL” ini merupakan sebuah produksi Bombbay Legend Worlwide bersama AMIRUKS Entertainment dengan sokongan Johan Enterprise, Mewah Event Management, Mr Helibro, dan JBR Bundle sebagai rakan strategik, manakala ilassotickets bagi pengurusan jualan tiket.

Diharap kepada rakan-rakan media yang hadir pada hari ini akan dapat memberi sokongan penuh kepada “CONCERT UK’SLAM MUSICAL” melalui apa jua liputan dan saluran media kepada para peminat di seluruh pelusuk Negara untuk hadir dan menyaksikan konsert ini, segala kerjasama dan bantuan daripada pihak rakan-rakan media amatlah kami hargai dan didahului dengan capan ribuan terima kasih, hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas segala jasa baik rakan-rakan media semua.

Tiket-tiket boleh didapati dengan melayari laman sesawang:

www.ilassotickets.com.my

atau hubungi:

Tiket hotline: +60 11-1329 7822 (Whatsapp)

Tiket berharga:

GOLD – RM588 (Numbered Seating), SILVER – RM308 (Numbered Seating), BRONZE – RM248 (Numbered Seating), YELLOW – RM408 (Numbered Seating).

RED – RM248 (Free Seating), BLUE – RM188 (Free Seating),

GREEN – RM108 (Free Seating), ORANGE – RM208 (Free Seating),

PURPLE – RM148 (Free Seating)

 

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *