Sat. Apr 27th, 2024

 

Antara set yang ditawarkan KFC sempena sambutan kemerdekaan

Kuala Lumpur, 24 Ogos 2022 – Sempena ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 65, KFC & Pizza Hut Malaysia telah melancarkan promosi istimewa sempena sambutan ini dengan tawaran RM6.50 untuk set-set tertentu.

KFC menawarkan tiga jenis pilihan pada harga RM6.50. Set A menawarkan seketul ayam KFC dengan Sos Jalapeno (4oz), Set B – seketul ayam KFC dengan kentang putar (4oz), dan Set C – seketul Ayam KFC bersama Nasi Kolonel.

Antara set yang ditawarkan Pizza Hut sempena sambutan kemerdekaan

Pizza Hut pula menawarkan dua jenis promosi pada harga RM6.50. Bagi pencinta pizza, tawaran ini pasti berbaloi kerana mereka kini boleh menikmati piza bersaiz personal dengan satu minuman berkarbonat pada harga yang murah. Ataupun mereka boleh memilih untuk menambah (add-on) Hut’s Chocolate Lava cake dengan harga RM6.50 (sah dengan sebarang pembelian). Promosi ini telah bermula dari 22 Ogos sehingga 30 Ogos 2022.

“Selaku jenama yang telah menjadi sebahagian daripada sejarah panjang Malaysia, KFC berbesar hati untuk meraikan kejayaan ini bersama rakyat Malaysia dan kami berharap tawaran ini akan menambah keceriaan kepada pelanggan kami”, kata Chan May Ling, Ketua Pegawai Pemasaran, KFC Malaysia.

“Pizza Hut sinonim dengan detik istimewa dan Hari Merdeka adalah hari istimewa yang sentiasa dekat di hati kita semua. Kami berharap dapat menjadikan sambutan kemerdekaan tahun ini lebih ceria disamping keluarga, oleh itu kami berbesar hati untuk menawarkan promosi ini”, kata Emily Chong, Ketua Pegawai Pemasaran, Pizza Hut Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kfc.com.my dan www.pizzahut.com.my

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *