PENJELASAN KPDN TERHADAP KEKELIRUAN BERHUBUNG KUOTA MINYAK MASAK SUBSIDI MUNGKIN AKAN DIKURANGKAN KEPADA 40,000 TAN METRIK SEBULAN

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ingin menjelaskan perihal kuota minyak masak bersubsidi yang mungkin dikurangkan kepada 40,000 tan metrik sebulan seperti yang dilaporkan dalam media arus perdana.

KPDN ingin memaklumkan bahawa, setakat ini, kuota sebanyak 60,000 tan metrik minyak masak subsidi adalah kekal dan Kementerian tiada cadangan untuk mengurangkan kuota sedia ada tersebut kepada 40,000 tan metrik sebulan. Ini adalah kerana daripada jumlah kuota 60,000 tan metrik itu yang bersamaan 60 juta pek minyak masak bersubsidi 1kg adalah mencukupi sekiranya digunakan oleh isi rumah sahaja.

Walau bagaimana pun, hasil pemeriksaan harian, didapati kerap berlaku kekurangan minyak masak bersubsidi di kawasan tertentu. Situasi ini banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor lain terutama pembelian oleh golongan bukan isi rumah, pembukaan sektor perniagaan yang menggunakan minyak masak dalam perniagaan mereka, syarikat-syarikat 2 pembungkus yang tidak beroperasi pada tahap maksima, masalah pengedaran, tindakan kes-kes oleh KPDN sendiri selain digunakan bagi pelbagai program anjuran Kerajaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *