UNTUK MASALAH BERKAITAN PERKHIDMATAN PENERBANGAN, PENGGUNA DIMINTA MENGHUBUNGI MAVCOM SECARA TERUS.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengambil maklum akan aduan yang diberikan oleh pihak Persatuan Pengguna (FOMCA) dalam Buletin Utama 16 April 2023 mengenai perkhidmatan pengangkutan udara terutama berkenaan harga, perkhidmatan, pertukaran jadual dan pembatalan penerbangan.

Kementerian ingin memaklumkan kepada semua pengguna perkhidmatan pengangkutan udara bahawa mulai 1 Mac 2016, melalui Akta Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2015, Akta A1498, seksyen 99(1)(c) yang telah dipinda dengan memasukkan seksyen 99(1)(ca) yang memperuntukkan bahawa apa-apa isu pertikaian berkaitan dengan perkhidmatan mana-mana syarikat penerbangan adalah diluar bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna, KPDN dan segala aduan berkenaan dengannya hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).

KPDN menyeru semua pengguna untuk menyimpan/ merakam semua transaksi bila berhubungan dengan syarikat penerbangan dan membuat aduan terus kepada MAVCOM beserta dengan bahan bukti yang telah dirakam dan disimpan. Aduan boleh dibuat melalui pautan https://flysmart.my/en/make-a-complaint/ atau emel enquiries@flysmart.my jika mereka berhadapan dengan masalah seperti yang dinyatakan di atas.

Walau bagaimana pun, segala aduan yang Kementerian terima selama ini telah dimajukan kepada MAVCOM untuk tindakan selanjutnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *