Sun. Apr 14th, 2024

Lagu yang bertajuk Sungguh Kamu Aku Rindu (SKAR), lagu yang diperkenalkan pada bulan Mac tahun lepas, semakin menarik perhatian peminat muzik tempatan. Karya yang dihasilkan oleh Fahimi Rahmat bersama Mike Chan itu juga mendapat respon yang positif dari peminat-peminatnya.

Menariknya, lagu duet yang menampilkan Athalia dan Fahimi Rahmat atau Fahimi itu kini diterbitkan dalam versi akustik yang sudah dilancarkan sejak 27 Ogos lalu.

Menurut Fahimi, SKAR versi akustik tidak mengambil masa yang lama untuk dihasilkan memandangkan lagu dan melodi asalnya sudah dianggap sempurna. SKAR versi akustik ini mengambil masa lebih kurang seminggu untuk dihasilkan. Kiranya tidak lama sebab untuk kali ini, versi akustik, jadi struktur lagu SKAR tidak berapa jauh dengan produksi yang lama.

Fahimi menerangkan, untuk kali ini kita penuhkan SKAR akustik dengan gitar yang mana ia dimainkan oleh Pown Hasril.

Fahimi berkata, proses penghasilan versi akustik dipermudahkan tanpa sebarang cabaran melainkan dia dan Athalia mendapat satu lagi pengalaman baharu dalam kerjaya mereka. Tapi ia satu pengalaman yang menarik sebab Fahimi mendapat peluang untuk mengubah lagu akustik yang kebanyakan instrumen digunakan adalah gitar.

Fahimi berkata, perkara yang sangat menarik apabila kita dapat dengar hasilnya. Sesi rakaman tidak mengambil banyak masa. Bagi Fahimi dan Athalia, mereka sudah tahu apa yang perlu dilakukan dalam lagu ini.

Menerusi versi akustik itu, Fahimi berharap SKAR semakin diterima baik kerana ‘vibes’ yang ditampilkan sesuatu yang cukup istimewa.

Menurut Fahimi, versi akustik ini adalah idea daripada pasukan dan sebenarnya sebelum itu Fahimi juga terfikir untuk membuat versi tersebut. Dalam masa sama, Athalia juga berbincang mengenai versi ini.

Sementara itu, Athalia menyifatkan kerjasama dengan Fahimi menjadikan penghasilan lagu SKAR versi akustik lebih bermakna.

Athalia berkata, SKAR mengisahkan mengenai rasa rindu yang amat mendalam terhadap kehilangan seseorang sama ada dalam bercinta atau pemergian seseorang yang sudah tidak ada di dalam dunia ini atau dalam hidup kita.

Athalia menerangkan, biarpun proses rakaman lagu SKAR agak mencabar kerana ia membabitkan dua gabungan suara antara lelaki dan perempuan yang mempunyai nada yang berbeza, tapi setelah berlatih, kami berjaya untuk mendapat nada yang sesuai.

Athalia berkata bagi proses video SKAR pula agak ‘fun’ dan semua sudah memberi kerjasama yang baik untuk menjayakan penggambaran video SKAR versi akustik ini.

Lirik lagu SKAR mengenai menghargai keberadaan orang lain adalah hal yang sederhana tapi amat bermakna. Hargai setiap insan yang kita sayang selagi mereka masih bernyawa.

Lagu SKAR adalah kolaborasi ulung dua bakat muda itu merupakan hasil kerjasama antara label Universal Music dan Faithful Music.

SKAR versi akustik boleh didengari di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Deezer dan YouTube Music, sementara video muziknya boleh ditonton di saluran YouTube Universal Music Malaysia.

 

 

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *