Thu. May 2nd, 2024

Membongkar kebenaran sememangnya sebuah tugas hakiki seorang wartawan. Namun, bagaimana jika kebenaran yang dicari itu hanyalah sebuah hiasan yang dimanipulasi oleh seorang dalang?

Eksklusif di Tonton dengan kerjasama Finas, nantikan filem terbaharu Dalang hasil terbitan Lumatic Films dan diarahkan oleh Nik Amir Mustapha bermula pada hari ini (20 Disember 2023). Filem bergenre jenayah dan misteri ini menggandingkan pelakon hebat tanah air seperti Luqman Hafidz, Liyana Jasmay, Wan Raja, Nesa Idrus, Arash Mohamad, Aziz M. Osman, Imuda, Idan Aedan, Megat Adli, Abi Madyan, Yuyun Hikmah, dan Fadhli Masoot.

Dalang mengisahkan tentang Zain (Luqman Hafidz) yang sering berhadapan dengan pelbagai rintangan baik dalam tugasnya sebagai seorang wartawan jenayah bebas mahupun kehidupan peribadinya. Zain mempunyai caranya yang tersendiri membuatkan dirinya sering mendapat informasi dalam menjejak berita mengenai aktiviti jenayah kolar putih. Kepakaran Zain dalam membongkar rahsia jenayah kolar putih itu membuatnya didekati oleh sebuah kumpulan bebas yang nekad untuk membantu mangsa-mangsa tertindas dek penyalahgunaan kuasa

Ikhlas (Aziz M. Osman) adalah seorang ahli perniagaan dan pendakwah terkenal dalam kalangan penduduk setempat. Dia juga menjalankan operasi rahsia tersebut bersama Ayu (Liyana Jasmay). Pertemuan Zain, Ayu dan Ikhlas itu sekaligus membuka papan percaturan untuk menangkap seorang dalang dalam sebuah kes kegiatan gelap oleh wakil penduduk tempatan iaitu Dato’ Pin (Arash Mohamad).

Bersempena dengan naskhah terbaharu ini juga, sebuah tayangan perdana telah diadakan di MBO Atria Shopping Gallery, Petaling Jaya bersama pengarah Nik Amir Mustapha, pihak produksi Lumatic Films serta barisan pelakon seperti Luqman Hafidz, Arash Mohamad, Nesa Idrus, Sadiq M. Jamil, Megat Adli, Idan Aedan, Yuyun Hikmah, Along Fyra, dan Faridah Bakri.

Saksikan filem terbaharu, Dalang secara eksklusif di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton bermula 20 Disember 2023.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *