Tonton Sediakan Drama Serta Filem Seram Dan Komedi ‘Macam Dulu-Dulu’ Sempena Ramadan Raya!

Anda peminat drama seram atau komedi? Anda dah muat turun aplikasi  Tonton di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play atau App Store? Kalau belum, lakukan sekarang kerana Tonton mempunyai kandungan menarik sepanjang Ramadan ini.

Kandungan yang bakal disiarkan ini tentunya mencuit hati dan membuatkan anda terhibur kerana ia mengimbau kembali tayangan klasik menerusi segmen “Seram Malam: Seram dan Debaran Sepanjang Ramadan” menampilkan filem dan siri seram terdahulu dan “Raya Dulu-Dulu: Girang dan Tawa” yang bakal membuat anda tidak kering gusi! Tonton menjemput anda untuk bersama sama melayan emosi dengan tayangan filem seram dan kelakar sehingga pecah perut dalam keadaan selesa dan nyaman. Ayuh nikmati bulan Ramadan dan Syawal ini dengan sentuhan nostalgia ‘Macam Dulu – Dulu’!

SERAM & DEBAR SEPANJANG RAMADAN!

Seram Malam: Seram Dan Debaran Sepanjang Ramadan

Puaka Niyang Rapik

Drama berunsur mistik dan percintaan ini dibintangi oleh Ashraf Muslim, Liyana Jasmay, Abu Bakar Juah, Khatijah Tan dan Fauzi Nawawi. Ia mengisahkan tentang sebuah kampung yang dihuni oleh penduduk yang terlalu mempercayai perbuatan syirik. Mereka percaya bahawa kampung itu telah mendapat kutukan dari Niyang Sakti yang dipercayai akan muncul menuntut persembahan korban setiap kali Maal Hijrah.

Susuk

Soraya ialah seorang pelatih jururawat yang mula resah dengan kehidupan rutin di hospital. Dia ingin mengejar cita-citanya untuk menjadi bintang popular dan dikenali ramai. Untuk merealisasikan impiannya, dia telah mengamalkan ilmu hitam. Namun tanpa diduga, Soraya terpaksa memenuhi syarat berat untuk sentiasa kelihatan cantik. Filem penuh seram keluaran Primeworks Studios ini dibintangi Diana Rafar, Ida Nerina, Adlin Aman Ramli & Hairie Othman.

I Know What You Did Last Raya

I Know What You Did Last Raya, filem seram komedi ini dibintangi oleh Waheeda, Lan Senario, Erra Fazira dan Azlee Senario. Kisah bermula apabila Dr. Mira dan kawan-kawannya, Roslan, Fazzley, Yassir dan Shahida diculik oleh penjahat bernama Man. Penculikan ini adalah disebabkan oleh dendam yang telah sekian lama tersimpan. Di sebalik penculikan itu, terbongkar misteri yang berlaku pada malam raya menyebabkan satu kampung menjadi huru-hara.

Gong

Gong menampilkan Fasha Sandha, Jehan Miskin, Sharifah Sofia dan Elyana. Filem seram mistik ini menceritakan tentang sekumpulan pelajar universiti dari Malaysia yang ingin melakukan kajian sejarah terhadap kerajaan kuno di Pulau Jawa. Namun, kedatangan mereka telah membongkar misteri tentang gong lama yang dicuri oleh salah seorang pelajar tersebut. Gong yang kononnya ingin dijadikan bahan kajian sejarah itu telah menimbulkan pelbagai gangguan dan mereka ingin merungkai misteri disebaliknya.

Kekasihku Seru

Misteri bermula apabila Marisa mendapat tahu dia merupakan seorang anak angkat. Keinginan untuk tahu siapa keluarga sebenarnya membuatkan Marisa terjebak ke alam penuh mistik. Marisa bertemu dengan pasangan adik-beradik Mas Suri, Mas Ayu dan Mas Lela. Marisa pulang untuk mencari ibu kandungnya dan kebetulan pula bertemu dengan Arshad, pemuda yang dikurniakan kelebihan dapat melihat makhluk ghaib dan dihantui dengan roh isteri dan anaknya setelah kemalangan yang meragut nyawa mereka. Sebuah drama bersiri yang dibintangi oleh Fizz Fairuz, Emelda Rosmila, Datin Seri Umie Aida & Hairie Othman.

RANCANGAN RAYA MACAM DULU-DULU

GELAK TAWA BERSAMA TONTON DI WAKTU RAYA

Pi Mai Pi Mai Tang Tu

Sitkom yang menggamit memori lama, Pi Mai Pi Mai Tang Tu telah kembali. Telatah dan lakonan daripada Zami Ismail, Imuda, Ahmad Busu, Angeline Tan dan Sabri Yunus sudah tentunya mencuit hati anda semua yang menyentuh kehidupan harian, sudah pastinya mencuit hati para penonton dengan keletah dalam suasana hari Raya.

Rumah Kedai

Drama bersiri yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu kini dapat dilayari di Tonton. Drama yang menjadi nostalgia ini dibintangi oleh Yusof Mohamad, Dian P. Ramlee, Khatijah Tan, Sudiro Sukiman, Harun Salim Bachik dan Rosnah Mat Aris. Rumah Kedai sarat dengan kisah-kisah yang memberi tauladan baik kepada masyarakat di mana Pak Halim sentiasa memberi nasihat berunsur keagamaan di pengakhiran setiap episod secara lawak dan santai.

Senario The Series

Sedia untuk bergelak ketawa dengan “Senario The Series”. Menampilkan kumpulan lawak legenda Senario seperti Azlee, Wahid, Lan Pet Pet, Saiful Apek dan Yassin, siri ini tentunya membuatkan penonton gelak dan hilai tawa apabila melihat mereka berlakon. Ada sahaja benda yang boleh dijadikan lawak dan membuatkan semua terhibur.

Spanar Jaya

Mengisahkan tentang situasi di sebuah bengkel membaiki kereta yang memaparkan pelbagai isu semasa dan tentang pemuda bernama Iskandar, lulusan Universiti luar negara dalam bidang kejuruteraan yang bekerja di bengkel milik Pak Selamat. Sertai gelak dan tawa di “Spanar Jaya,” dibintangi Zaibo, Opie Zami, Wardina, Ahmad Idham. Sebuah sitkom yang menjanjikan keriangan  di musim perayaan.

Lagi-Lagi Senario

“Lagi-Lagi Senario” mengembalikan zaman kegemilangan kumpulan Senario yang dianggotai oleh Azlee, Wahid, Lan Pet Pet, Saiful Apek, Yassin dan Wardina Safiyyah. Saksikan perbalahan antara dua peniaga kedai makan yang melakukan pelbagai cara untuk mempertahankan perniagaan masing-masing yang kemudian berakhir dengan sebuah keharmonian.

Cara Mendapatkan Tawaran Raya Ramadan Tonton

Bersedia untuk ketawa berguling-guling ataupun rasakan pengalaman seram dengan pelbagai rancangan menarik yang ditawarkan di Tonton. Jadikan pengalaman Ramadan Raya anda bermakna dengan melayari platform Tonton di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play atau App Store untuk menyaksikan himpunan cerita cerita menarik sepanjang Ramadan Raya ini! Anda juga boleh tonton di SMART TV! Semua feveret anda RM 9.90 jer.

Ikuti perkembangan terkini Tonton di media sosial menggunakan hashtag #TontonRamadanRaya, #SeramMalam, dan #RayaDuluDulu. Untuk informasi terkini tentang rancangan kegemaran anda, lawati Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram Tonton di @tontonmy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *