Fri. May 17th, 2024

Kuala Lumpur, 8 September – Hari ini botol reka bentuk lama yang telah digunakan untuk minuman tenaga M-150 sejak 20 tahun lalu telah digantikan dengan reka bentuk baharu oleh firma pengedar minuman itu, Infra Bunga Sdn Bhd (Infra Bunga).

Infra Bunga yakin ia boleh merekrut lebih ramai pengikut M-150 dan bersaing dalam perniagaan minuman tenaga Malaysia dalam fasa baharu berikutan pandemik COVID-19.

Minuman tenaga M-150 yang berkafein dan tidak berkarbonat ini membekalkan tenaga kepada seluruh badan di samping menyegarkan minda.

M-150, yang mempunyai rasa sitrus dan manis yang lazat, bertindak mengurangkan keletihan di samping membantu dalam meningkatkan daya tahan dan kewaspadaan semasa aktiviti sukan.

Pengarah Urusannya, Saw Lip Jin, berkata, M-150 adalah minuman gaya hidup yang sesuai untuk dinikmati di mana-mana majlis dan pada bila-bila masa.

“Selepas seharian padat dengan pelbagai aktiviti, M-150 adalah pilihan terbaik untuk  mengembalikan kesegaran tubuh. Ia juga mudah di bawa ke mana-mana.

“Minuman berasal dari Thailand itu berada di pasaran Malaysia sejak 2016. Gabungan unik bahan asli dan formulasi berkualiti tinggi, M-150 menawarkan rasa dan memberi manfaat yang terbaik serta enak diminum sejuk,” katanya.

Jadikan M-150 sebagai rakan perjalanan anda, tambah Lip Jin kepada mereka yang memandu jarak jauh.

M-150 adalah minuman gaya hidup yang sesuai untuk sasaran pasaran pelanggan berumur antara 18 dan 40 tahun kerana setiap botol 150ml hanya mempunyai 155 kalori.

Lebih daripada 14,000 titik sentuh, termasuk portal beli-belah dalam talian, kiosk layan diri, kedai runcit dan kedai serbaneka, menyediakan barangan Thai berkualiti tinggi yang dipasarkan secara eksklusif oleh Infra Bunga.

Duta M-150

Muhamad Hasif Sharauddin, Tiktoker terkenal Malaysia dilantik oleh Infra Bunga sebagai duta M-150 bagi menaikkannya sebagai minuman tenaga pilihan ramai.

Beliau yang juga dikenali dengan gelaran Hasif Upin atau Abang Upin Ipin adalah ‘Top 3’  tiktoker Malaysia yang  mempunyai 2.6 juta  pengikut termasuk pengikut dari Indonesia.

Semoga Muhamad Hasif dapat membantu meningkatkan jualan M-150 dan menarik pembeli baharu dalam kalangan pengikutnya.

Seorang yang aktif dan sentiasa positif dalam kehidupan, Muhamad Hasif wajar diangkat sebagai ‘wajah’ M-150.

Latar diri Hasif

Jika Hasif Upin, 29, dahulunya dikenali sebagai Abang Upin Ipin di TikTok, anak jati Kota Tinggi, Johor ini kini semakin mara dalam dunia kreatif sebagai vokalis.

Hasif tidak pernah membayangkan dia akan berjaya dalam industri muzik sehinggalah dia membuat penampilan sulung dengan lagu Janji Sampai Mati yang diterbitkan oleh Aizat Amdan dan Anas Amdan.

“Syukur Alhamdulillah, selepas menyertai uji bakat The Audition anjuran Armani Entertainment Group, saya menerima ‘superstar pass’ daripada pengarah tersohor Michael Ang dan terus diserap menjadi penyanyi.

Memiliki lebih 2.6 juta pengikut di TikTok, Hasif juga menganggap platform itu sebagai pembuka jalan rezeki untuknya.

“Semuanya bermula dengan video parodi Upin Ipin yang saya hasilkan selepas sahur Ramadan pada tahun lalu dan tak menyangka ia akan menjadi viral,” katanya.

Hampir semua videonya menarik minat netizen sehingga virus itu merebak ke Indonesia, di mana dia kini mempunyai 2.6 juta pengikut di akaun TikToknya.

Berkongsi mengenai lagu Janji Sampai Mati, Hasif berkata, ia mengisahkan mengenai cinta antara dua insan yang berterusan sehingga akhir hayat.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *