Pelancaran buku interaktif untuk membantu kanak-kanak belajar solat

 

Bersedia untuk beribadat sambill mengembara bersama Alif & Sofia. Blinspot Studios dan Primeworks Studios telah melancarkan sebuah buku interaktif yang dilengkapi tekonologi Realiti Berperantara atau Augmented Reality (AR) bagi memenuhi keperluan kanak-kanak untuk belajar menunaikan solat. Siri buku yang berjudul OHSEM! AR Jom Solat!.

Ini juga menggunakan aplikasi OHSEM! AR sebagai salah satu inovasi terbaru yang boleh menjadi alat bantuan mengajar yang menarik untuk kanak-kanak dan juga ibubapa. Pelancaran siri buku ini bersempena Hari Kebangsaan ke-65, yang berlangsung di acara Fiesta 1957 : “Tetap Bersama” yang bertempat di Central Market, Kuala Lumpur hari ini.

 

Siri buku tentang OHSEM! AR Mari kita berharap! Merupakan buku panduan solat lengkap yang disampaikan melalui teknologi AR yang boleh dijadikan bahan rujukan untuk membimbing kanak-kanak seawall seawal usia tiga tahun dalam pembelajaran melalui animasi visual dan sokongan audio. Ia didatangkan dalam dua versi untuk lelaki dan perempuan serta boleh membantu kanak-kanak belajar membaca dan menghafal sambal sambil diiringi watak-watak kecil daripada siri animasi Alif & Sofia. Bukan itu sahaja, malah siri buku ini merangkumi aktiviti mewarna.

Penulisan, rekaan animasi, ilustrasi dan juga struktur pengajaran di dalam siri buku ini dipilih susun sendiri oleh Blindspot Studios yang diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Lukman Othman. Selain itu, siri buku ini juga menerima sokongan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang memainkan peranan penting untuk menyemak semua kandungan di dalam buku ini agar kesemua kandungan yang tersedia menepati piawaian dan garis panduan yang mematuhi syarak.

Kaedah pembelajaran interaktif ini juga bertujuan untuk mengetengahkan watak cilik dari siri animasi Alif & Sofia sebagai contoh teladan baik bagi kandungan animasi yang bertemakan agama islam di Malaysia. Siri buku ini boleh didapati dengan harga runcit RM39.9O setiap satu melalui akaun rasmi Shopee Blindspot Studios iaitu “ohsemoutlet” dan juga laman sesawang www.blindspot.my. Selain itu, ia juga bakal dijual di Ekspo Usahawan Selangor, “SELBIZ” pada 3 & 4 September ini dan juga di pesta buku “Big Bad Wolf” tidak lama lagi. Aplikasi OHSEM! AR pula boleh dimuat turun dari Google Play Store, Apple App Store atau Huawai App Gallery secara percuma.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *